Program Jalinan Budaya Adikarma USM Nov 2011

Seramai 35 peserta daripada unit Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Sains Malaysia telah menyertai Program Jalinan Budaya Adikarma 2011 bertempat di Pulau Tali Kail, Tasik Temenggor, Gerik, Perak baru-baru ini. Program tersebut diadakan untuk mendekatkan para peserta dengan budaya Orang Asli terutamanya kesenian tarian “Sewang” yang diwarisi oleh masyarakat Orang Asli Jahai di Kampung Chuweh, Tasik Temenggor, Perak.

Sewang adalah sejenis tarian yang dipersembahkan kepada kedatangan tetamu-tetamu, majlis perkahwinan, kematian ataupun untuk upacara rawatan. Menggunakan bahasa tradisional Jahai, tetamu-tetamu di ajak menari bersama disamping mempelajari cara mainan alat muzik Sewang. Lirik-lirik lagu Sewang ini berdasarkan situasi semasa dan dituturkan mengikut rentak alunan muzik buluh yang dimainkan.

Para peserta juga didedahkan kepada keindahan alam sekitar Tasik Temenggor, lawatan ke tapak bunga Rafflesia, air terjun Sungai Enam dan aktiviti-aktiviti air di sekitar kawasan pulau. Pengalaman yang unik ini juga ditambah dengan program-program “teambuilding” di antara peserta.

Lebih banyak gambar-gambar program ini boleh didapati disini.

Leave a comment